Uit, assalamualaikum.. encik blog. Dulu masa org kecik2, selalu kne dodoi sebelum tido. Klau x tido jgak,  org,along ngan alang resort to bedtime story. Mulala kuar cite siput kawen ngan semut, cite pasal kawan dkat skola la, tapi paling tak tahan skali citer hantu... appara, cite kanak2 tak mainla, citer antu baru challenging... ngehee. Cite antu along memang seram habis. Tak jdk tido org dibuatnye. So, org ingat nak kongsi satu cite seram ni dengan encik blog.. dengar kata cite btul.


   Nama aku Redzuan Daniel. Aku nak citer ngan korang pengalaman aku dkat kampong cuti deepavali thn lepas. Aku harap korang boleh ambil iktibar dari cerita yang aku nk cite ni. Dulu aku budak nakal. Ala, bukan nakal bese2 macam korang ni. Aku nakal a.k.a brutal habis. Tak mainla ngintai anak dara orang sidai baju. Aku curi baju yang diorang sidai tu baru la bole ngaku anak jantan. Berani dalam segala hal

   Nak dijadikan cerita, aku kena tangkap sebab tercuri seluar dalam ketua kampung. Sebulan dalam penjara menginsafkan aku. Keluar dari penjara je aku terus cari kerja. Satu hari tu aku balik kerja lewat, maklumla staf tak ramai yang kerja kat situ. Dalam perjalanan aku rasa sesuatu tak kena. Ah, lupa pulak nak solat isyak. Dah lewat tengah malam ni, aku balik karang mesti terus tido punya. Aku mencari - cari surau yang terdekat. Sedang aku terkial - kial, kelihatan sebuah surau tua yang usang. Macam nak roboh je surau ni. Tapi aku yang bertekad nak berubah maju ke hadapan dengan berani. Enjin motor dimatikan. Aku bergerak dengan cepat. Risau pulak kalau waktu isyak habis nanti. Kenala aku qada.

  Aku menunaikan solat seperti biasa. Namun, pada sujud yang pertama, kurasakan seperti sesuatu sedang menghempap kepalaku. Haih, apasal berat semacam je kepala aku ni. Aduh, masa aku nak buat baikla benda macam ni jadi.

  Aku mengagahkan diri mengangkat kepala. Tika itu, ku dapat merasakan satu aura kuat yang penuh dengan kemarahan datang dari arah pintu surau. Ujian apalah yang nak datang lagi. Aku meneruskan solatku seperti biasa dengan penuh khusyuk. Tiba - tiba satu bayangan putih laju menuju ke arah ku dari situ. Belum sempat aku berbuat apa - apa, satu ketukan hinggap dikepalaku.

TIDAAKKK!!!

Hoi!!! Sape ajar kau sembahyang pakai topi keledar haaah??!!! Tok kan dah beritahu surau ni nak dibina semula.

Ouh, patutla kepala aku berat je tadi... ngeheee...
There was an error in this gadget